MENGENAI KEPENTAS
Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS) ditubuhkan pada tahun 2009 untuk membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia).
Misi KEPENTAS yang pertama ialah menyediakan wadah latihan berterusan dalam Pengucapan Awam di setiap bandar utama di Malaysia dan negara-negara jiran (menjangkau seluruh Nusantara). Setakat ini, kami telah menubuhkan 34 cawangan di 4 negara. Setiap cawangan KEPENTAS mengadakan pertemuan sebanyak 2 kali sebulan di mana para peserta (ahli-ahli) dapat menjalani latihan Pengucapan Awam.

PROGRAM KAMI
MENGAPA MEMILIH KEPENTAS
Pengalaman 13+ tahun (sejak 2009)
Silibus yang mantap
Jurulatih yang berwibawa
Rangkaian yang luas
Yuran yang berpatutan
Testimonial
Sepanjang latihan di dalam kelab ini, saya dapat belajar bagaimana hendak berpidato dengan cara yang betul, mencabar diri untuk mempertingkatkan prestasi di samping berjumpa dengan ramai kawan baru yang memberi perangsang untuk terus mencuba. Kelab ini mampu meningkatkan rasa percaya diri serta kemahiran dalam pidato kepada sesiapa sahaja yang memang mencari ilmu dan memartabatkan bahasa Melayu.
Khalid – KPP Singapura
Keunikan KPP adalah ianya seumpama terapi untuk membolehkan ahli memperbaiki teknik pengucapan awam secara beransur-ansur tetapi berkesan dan berkekalan. Ini berbeza dengan kursus-kursus pengucapan awam yang lain yang menjanjikan penambahbaikan yang mendadak tetapi belum tentu berkekalan. Setelah setahun bersama KPP, saya bukan sahaja dapat memperbaiki teknik-teknik dalam pengucapan awam tetapi dapat berkenalan dengan rakan-rakan KPP yang mempunyai matlamat yang sama. Mereka ibarat kumpulan terapi saya.
Ramli – KPP Teluk Intan
Saya berasa bersyukur dapat menyertai Kelab Pidato. Tenaga pengajar yang berkemahiran utk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada saya orang baru. Biarpun saya ahli baru namun layanan mereka berikan macam ahli keluarga yang menjadikan kita tidak segan untuk berlatih. Kelab pidato mengajar saya berucap spontan tanpa skrip.
Neng Hayati – KPP Putrajaya
Kelab Pidato Perdana adalah medium terbaik di Malaysia untuk memupuk budaya berbicara bahasa Melayu dengan tatacara yang betul. Sebagai pelajar universiti, pembudayaan bahasa Melayu ini dalam pengucapan awam amat penting kerana mampu membentuk karakter dan personaliti seseorang. Syabas KPP!
Fadzrul – KPP K. Terengganu