Terima kasih kerana mendaftarkan diri untuk Kelas Pengucapan Awam anjuran KEPENTAS.

Buku Panduan

Anda boleh memuat turun 2 buku panduan (pdf) di sini. Jika anda ingin mendapatkan buku hard copy, sila hubungi Pengerusi cawangan anda. Harga buku hard copy adalah RM 20 untuk 2 buku (kos cetak sahaja).

Buku Panduan Anda Bisa Berbicara

Buku Panduan Pemidato Versatil

Mengorak Langkah

Untuk permulaan, anda akan diberi 1 sesi kelas online sebagai orientasi. Setelah itu, anda akan menghadiri kelas bersemuka di cawangan anda. Untuk 2 kelas bersemuka yang pertama, anda akan menjalani latihan praktikal dan dibimbing oleh Jurulatih untuk menguasai kaedah-kaedah Pengucapan Awam yang asas.

Sila muat turun dan CETAK buku kerja di bawah untuk 3 sesi pertama ini:

Buku Kerja Peserta Baharu

Jadual Kelas

Tarikh-tarikh kelas akan dimaklumkan oleh Penyelaras Zon anda di grup Whatsapp ahli. Anda juga boleh melihat jadual kelas sehingga hujung tahun menerusi takwim Zon.

Takwim Zon Pusat

Takwim Zon Utara

Takwim Zon Selatan

Takwim Zon Timur

Takwim Zon Borneo Utara

Program Online (optional)

Program Online diadakan 2 kali sebulan secara bergabung. Ahli KEPENTAS daripada semua cawangan boleh menyertai program ini (tidak ada bayaran tambahan). Program ini biasanya berlangsung pada Sabtu malam. Maklumat program akan dikongsi di grup Whatsapp “Program Online KEPENTAS”.

Sila sertai grup Whatsapp di bawah jika anda berminat untuk mengikuti program ini (menerusi aplikasi Zoom):

Program Online KEPENTAS

Mendapat faedah maksimum daripada KEPENTAS

Banyak faedah dapat diperoleh di KEPENTAS tetapi tidak semuanya tersedia kepada ahli baharu. Semakin lama anda meneruskan perjuangan bersama KEPENTAS, semakin banyak peluang akan dibuka kepada anda. Sila rujuk infografik berikut.

Marilah kita berjaya bersama-sama.