Kami, warga Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS), berikrar akan berpegang teguh pada cogan kata “Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara” melalui Pengucapan Awam yang mantap dan berkesan, dengan iltizam berikut:
• Menyertai dan melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti KEPENTAS;
• Mewujudkan suasana positif, harmoni, saling mendukung dan belajar bersama-sama;
• Meningkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika sepanjang masa;
• Mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang ditetapkan; dan
• Menyumbang masa dan tenaga untuk memastikan KEPENTAS semakin cemerlang dan gemilang.