Terima kasih kerana mendaftarkan diri untuk Kelas Pengucapan Awam anjuran KEPENTAS.

Buku Panduan

Anda boleh memuat turun buku panduan (pdf) di sini. Jika anda ingin mendapatkan buku hard copy, sila hubungi Pengerusi cawangan anda. Harga buku hard copy adalah RM 20 untuk 2 buku (kos cetak sahaja).

Buku Panduan Anda Bisa Berbicara

Buku Panduan Pemidato Versatil

Mengorak Langkah

Untuk permulaan, anda akan diberi 1 sesi kelas online sebagai orientasi. Setelah itu, anda akan menghadiri 2 sesi kelas bersemuka di cawangan anda. Dalam kelas bersemuka ini, anda akan menjalani latihan praktikal dan dibimbing oleh Jurulatih untuk menguasai kaedah-kaedah Pengucapan Awam yang asas.

Sila muat turun dan CETAK buku kerja di bawah untuk 3 sesi ini:

Buku Kerja Peserta Baharu

Anda diberi masa 2 bulan (setelah sesi online) untuk menyelesaikan 2 sesi bersemuka ini. Tempohnya boleh dilanjutkan tetapi keberkesanan akan berkurang jika anda mengambil masa yang lama di antara sesi.

Setelah 2 sesi bersemuka selesai, anda boleh memilih untuk mendaftar sebagai ahli KEPENTAS untuk meneruskan pembelajaran (pakej 6 bulan atau 12 sesi).

Jadual Kelas

Tarikh-tarikh kelas akan dimaklumkan oleh Penyelaras Zon anda di grup Whatsapp ahli. Anda juga boleh melihat jadual kelas sehingga hujung tahun menerusi takwim Zon.

Takwim Zon Pusat

Takwim Zon Utara

Takwim Zon Selatan

Takwim Zon Timur

Takwim Zon Borneo Utara