Pensijilan Pemidato melalui ujian pensijilan merupakan sebahagian daripada aktiviti Kelas Pengucapan Awam. KEPENTAS telah mengiktiraf pemidato sejak 2010.

Penilaian untuk pensijilan adalah berdasarkan Rumus 8 x 3 untuk Pengucapan Awamâ„¢, satu-satunya rumus Pengucapan Awam sistematik yang mengandungi 3 tahap dengan 8 kaedah di setiap tahap.

Program Pensijilan juga dibuka kepada awam (bukan ahli) dan terdiri daripada 4 kategori:

Program Pensijilan Pemidato KEPENTAS (maklumat lengkap)

1. Pemidato Bahasa Melayu Kategori Dewasa – Gred 1 hingga Gred 4 dibuka kepada awam secara dalam talian (RM 150 / gred termasuk 1 sesi coaching peribadi)

Pemidato Gred 1
Menguasai 8 kaedah tahap 1 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan tersedia

Pemidato Gred 2
Menguasai 8 kaedah tahap 1 DAN 6 kaedah tahap 2 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan tersedia

Pemidato Gred 3
Menguasai 8 kaedah tahap 1 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan spontan

Pemidato Gred 4
Menguasai 8 kaedah tahap 1 DAN 4 kaedah tahap 2 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan spontan

Sila hubungi En. Haniff 019-6641838 untuk pendaftaran.

2. Pemidato Bahasa Melayu Kategori Remaja – sila rujuk Program Pemidato Muda

3. Pemidato Bahasa Inggeris Kategori Dewasa – hubungi Epic Speakers Academy

4. Pemidato Bahasa Inggeris Kategori Remaja – hubungi Epic Speakers Academy