TARIKH-TARIKH PENTING DALAM SEJARAH KELAB PIDATO ANTARABANGSA
Tarikh | Peristiwa |
---|---|
31 Mac 2004-19 Februari 2009 | Zaman pra-sejarah: Kelab Pidato Perdana bergerak sebagai Kelab Pidato Perdana Toastmasters Club |
20 Februari 2009 | Mesyuarat Agung Khas diadakan di mana ahli-ahli membuat keputusan untuk bergerak sebagai kumpulan yang bebas bagi menjalankan kegiatan-kegiatan yang selaras dengan keperluan dan kehendak ahli-ahli |
29 Mac 2009 | Litar Pidato Pertama (SA0119001-W) didaftarkan sebagai sebuah perniagaan bagi menaungi Kelab Pidato Perdana |
3 April 2009 | Perjumpaan pertama Kelab Pidato Perdana versi 2.0 di Menara Telekom Malaysia, Bangsar, Kuala Lumpur (cawangan pertama KPP Kuala Lumpur) |
21 April 2010 | Cawangan kedua KPP Lembah Klang ditubuhkan |
13 November 2010 | KPP Petaling Jaya ditubuhkan |
27 April 2011 | KPP Pusat Bandaraya ditubuhkan |
13 Disember 2011 | KPP Putrajaya ditubuhkan untuk menggantikan KPP Lembah Klang |
13 Disember 2012 | Persatuan Penggiat Pidato (PPM-035-10-13122012) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia bagi menaungi Kelab Pidato Perdana |
7 Januari 2013 | KPP Shah Alam ditubuhkan |
17 Mei 2013 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-4 Acara kemuncak: Pertandingan Pidato 5 Cawangan |
28 Oktober 2013 | KPP Johor Bahru ditubuhkan |
31 Oktober 2013 | KPP Pulau Pinang ditubuhkan |
15 Disember 2013 | Pejabat dan pusat latihan KPP dibuka di Sunway Mentari, Petaling Jaya |
7 Januari 2014 | KPP Melaka ditubuhkan |
10-12 Mei 2014 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-5 @ Port Dickson |
5 November 2014 | KPP Seremban ditubuhkan |
7 November 2014 | KPP Ipoh ditubuhkan |
23 Mei 2015 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-6 Acara kemuncak: Pertandingan Pidato 10 Cawangan |
2 September 2015 | KPP Kuala Terengganu ditubuhkan |
3 September 2015 | KPP Kuantan ditubuhkan |
10 September 2015 | KPP Kajang ditubuhkan untuk menggantikan KPP Petaling Jaya |
16 Oktober 2015 | KPP Batu Pahat ditubuhkan |
2 November 2015 | KPP Taiping ditubuhkan |
1 Mac 2016 | KPP Kota Bharu ditubuhkan |
4 Mac 2016 | KPP Dungun ditubuhkan |
8 Mac 2016 | KPP Teluk Intan ditubuhkan |
21 Mei 2016 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-7 @ Sani Hotel, KL |
5 September 2016 | KPP Temerloh ditubuhkan |
7 September 2016 | KPP Alor Setar ditubuhkan |
20 Oktober 2016 | KPP Singapura ditubuhkan |
17 Januari 2017 | KPP Sg. Petani ditubuhkan untuk menggantikan KPP Ipoh |
11 Februari 2017 | Nama pertubuhan ditukar secara rasmi kepada Kelab Pidato Perdana, menggantikan Persatuan Penggiat Pidato |
6 Mei 2017 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-8 @ Menara PKNS, Petaling Jaya Acara kemuncak: Pertandingan Pidato 20 Cawangan |
1 Januari 2018 | Pelancaran buku "Anda Bisa Berbicara", buku panduan asas KPP yang lengkap |
18 Mac 2019 | KPP Kuching ditubuhkan |
19 Mac 2019 | KPP Kota Kinabalu ditubuhkan |
20 Mac 2019 | KPP Tawau ditubuhkan |
21 Mac 2019 | KPP Miri ditubuhkan |
22 Mac 2019 | KPP Brunei Darussalam ditubuhkan |
20 April 2019 | Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-10 @ Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur Acara kemuncak: Pertandingan Ucapan Spontan 25 Cawangan |
21 Ogos 2019 | KPP Kerteh ditubuhkan untuk menggantikan KPP Dungun |
19 Januari 2020 | KPP Tanjungpinang ditubuhkan |
13 September 2020 | KPP Jakarta ditubuhkan |
27 September 2020 | KPP Palembang ditubuhkan |
10 Oktober 2020 | KPP Medan ditubuhkan |
8 November 2020 | KPP Surabaya ditubuhkan |
25 Disember 2020 | Nama pertubuhan ditukar secara rasmi kepada Kelab Pidato Perdana Antarabangsa dengan singkatan KEPENTAS |
