Pada bulan April 2019, KEPENTAS telah mendaftarkan sebuah kelab di bawah Toastmasters International (Club No. 6812744). Keahlian kelab ini adalah berasingan dengan keahlian KEPENTAS. Nama kelab ini ialah Kelab Pidato Perdana Toastmasters Club.
Matlamat kelab ini ialah memberi peluang kepada ahli-ahli Toastmasters untuk berucap dalam bahasa Melayu. Kelab ini adalah satu daripada dua kelab Toastmasters yang menggunakan bahasa Melayu di Lembah Klang.
Pertemuan diadakan pada hari Khamis yang ke-2 dan ke-4 setiap bulan di ibu pejabat KEPENTAS beralamat 6-3, Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Sila hubungi Presiden KPP Toastmasters Club Rohijas Md Sharif @ 019-7344527 jika anda berminat untuk hadir ke pertemuan kami atau mendaftar sebagai ahli.