Visi & Misi

Visi KEPENTAS – Semua rakyat Malaysia dan warga Nusantara mampu menyampaikan ucapan yang berkesan dalam bahasa Melayu

Cogan kata KEPENTAS – Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara

Misi KEPENTAS

Misi 1 – Menubuhkan kelab pengucapan awam bahasa Melayu untuk dewasa dan remaja di seluruh Nusantara

Misi 2 – Menganjurkan program jangka pendek untuk awam dan organisasi berdasarkan keperluan

Misi 3 – Membina silibus yang berkesan dan membangunkan Jurulatih yang berwibawa untuk menyebarkan ilmu pengucapan awam di dalam dan di luar KEPENTAS

No. Pendaftaran Pertubuhan: PPM-035-10-13122012

Logo KEPENTAS

Logo ini menggambarkan pentas (garis melintang), rostrum (huruf T), pemidato (bulatan mewakili kepalanya) dan sinar cahaya yang dipancarkan oleh pemidato (lengkungan).

Warna biru (R: 0, G: 93, B: 160 atau #005DA0) melambangkan laut yang mengelilingi Nusantara. Warna oren/ambar (R: 255, G: 178, B: 0 atau #FFB200) melambangkan mentari yang menyinari Nusantara. Gabungan biru dan oren ini melambangkan Nusantara dan bahasa Nusantara iaitu bahasa Melayu.

Warna biru juga melambangkan ketenangan, kematangan pemikiran dan kebolehpercayaan. Manakala warna oren/ambar turut melambangkan keyakinan, kemesraan dan optimisme. Gabungan ini adalah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemidato.